Wednesday, August 24, 2011

Jornal Forex

Artikel ini mengenalpasti beberapa cabaran yang dihadapi oleh pelabur forex dan menawarkan penyelesaian untuk membantu membuat pelaburan anda lebih mudah.
Perdagangan mata wang asing (perdagangan forex) adalah menarik bagi spekulator eceran kerana beberapa sebab. Ketarikan termasuk jumlah leverage yang tersedia dan waktu operasi sepanjang 24-jam. Spekulator boleh mengambil keuntungan daripada kedua pergerakan harga kecil semasa waktu perdagagan yang tenang serta bermain di waktu berita dan acara yang mendorong volatility. Proposisi yang sangat menarik yang ditawarkan oleh perdagangan forex ialah kebolehan bagi para pelabur untuk menyesuaikan gaya hidup mereka yang didasarkan dengan waktu perdagangan 24-jam.

Alasan yang membuat perdagangan forex menarik juga membuat ia sangat susah untuk menguruskan. Pada artikel ini, kita akan melihat cabaran yang dihadapi oleh pelabur forex sepenuh masa. Selain itu, kita akan melihat bagaimana persiapan mental boleh membantu pelabur untuk mengatasi tuntutan cabaran pelaburan sepenuh masa.

MOTIF KEWANGAN DARI PELABUR ECERAN
Pelabur eceran termasuk didalam dua golongan. Pertama, mereka berlabur untuk pencarian sehari. Golongan ini merupakan minoriti pada saat ini tetapi bagi mereka, pelaburan adalah suatu profesi dan keuntungan daripada perdagangan membetuk pendapatan mereka. Golongan kedua melihat pelaburan sebagai aktiviti sekunder yang boleh menambahkan pendapatan dari profesi pertama mereka. Golongan ini mungkin juga bercita-cita untuk menjadi pelabur sepenuh masa. Terdapat banyak alasan tetapi alasan yang paling sering ialah, mereka takut tentang kejamainan pekerjaan atau rancangan untuk bersara.

Walau apapun alasan perdagangan mungkin, ia tidak boleh dinafikan bahawa perdagangan forex adalah kegiatan spekulatif yang berisiko. Bahkan setiap masa, ketika pelabur membuka posisi di pasaran, ada risiko kerugian. Pelabur yang sukses menggunakan pelbagai strategi untuk menghasilkan wang tetapi tidak ada keputusan yang dijanjikan. Keuntungan dari masa ke masa adalah fungsi daripada strategi yang berjaya dan menggunakan pengurusan risiko. Jika pelabur menghadapi risiko hari-hari, mengapa masih ada orang bercita-cita untuk belabur? Bagaimana mereka mengatasinya?

KEAMANAN JANGKA PANJANG MEMPENGARUHI PELABURAN LEBIH DARI RISIKO KERUGIAN
Pelabur menghadapi risiko kerugian setiap hari. Tidak seperti profesi-profesi yang lain, ganjaran dan pampasan daripada perdagangan bergantung sepenuhnya kepada prestasinya. Kemampuan untuk memberi makan kepada keluarganya memerlukan kepastian pelabur untuk memiliki kepastian prestasinya pada akhir setiap bulan.

Dari mengalami stres kerana kerugian seharian, para pelabur mungkin lebih terganggu oleh kekurang kejamainan had jangka panjang. Ini menjelaskan mengapa pendatang baru kepada perdagangan mungkin merasa sangat tertekan. Walaupun pelabur berpengalaman yang berjaya menghadapi risko yang sama setiap hari berbanding dengan pelabur baru, pelabur terdahulu mungkin merasa lebih aman kerana mereka mempunyai rekod prestasi yang mantap. Pelabur baru pulak belum melihat cahaya di hujung terowong.

Ini juga boleh dikatakan bahawa peniaga novis ecarn mempertahankan sumber tambahan pendapatan merasa lebih aman daripada mereka yang terjun ke perdagangan se-harian untuk mencari nafkah. Kejaminan datang daripada pengetahuan bahawa keperluan seharian dipenuhi, sementara sumber yang lain boleh diganti.

“Pelabur menghadapi risiko kerugian setiap hari. Tidak seperti profesi lain, ganjaran dan pampasan daripada perdagangan bergantung sepenuhnya pada prestasinya . ”

PERDAGANG PADA WAKTU PANJANG MELELAHKAN SECARA PSIKOLOGI
Ada juga tentangan lain yang pelabur sepenuh masa harus menghadapi. Ini benar-benar mempunyai terlalu banyak masa untuk berdagan. Ambillah 10 jam di tempat kerja, dua jam perjalanan ke sana kemari ditambah dengan waktu lain untuk kegiatan seharian, seseorang yang mempunyai pekerjaan sepenuh masa mempunyai dua hingga tiga jam untuk belabur setiap hari kerja. Berapa banyak yang juga bergantung pada tenaga dia.

Pelabur sepenuh masa memiliki semua masa untuk dirinya sendiri. Hanya ada dia, pasaran dan tidak ada orang lain. Ini adalah kombinasi yang membahaya. Membuat beberapa keuntungang dan hasilnya adalah kegembiraan untuk sepanjang hari. Membuat beberapa kerugian, campur dengan beberapa kedesakan dan banyak waktu dan leverage, seorang pelabur boleh melakukan banyak kerosakan kepada akaun perlaburanya. Kerugian besar untuk sehari boleh membatalkan semua usaha keuntungan moderat beberape hari yang lalu.

Tentu sahaja seorang pelabur yang boleh memberhenti untuk sehari masih boleh menebus dirinya sendiri pada hari berikutnya. Seorang yang membawa beban emosional kepada hari berikutnya selalunya lebih membahayakan. Yang terburuk berlaku ketika campuran perasaan tidak baik dan prestasi yang buruk menjadi berpanjangan dan saling membimbangkan.

Pelabur yang sedar memelihara tenaga dan semangat kerja seharian membuat peraturan peribadi, sehingga mereka dapat mencipta suatu persekitaran yang menguatkan positif. Peraturan juga membantu untuk memastikan bahawa faktor-faktor negatif tidak mempunyai kesempatan untuk datang bersama-sama.

PELABUR SEPENUH MASA ADALAH KEMAHIRAN YANG BERKEMBANG SEPANJANG MASA
Sebenarnya tidak ada jalan mudah untuk mahir dalam perdagangan sepenuh masa. Strategi boleh diperolehi tetapi psikologi peribadi adalah perkara lain. Beberapa pelabur sudah menglengkapi dirinya dengan ciri-ciri yang memberi mereka kelebihan. Bagi yang lain, banyak perubahan yang diperlukan sebelum ketekunan, kesabaran dan toleransi risiko yang boleh diamalkan.

10 Perkara Penting untuk novis yang ingin menjadi pelabur sepenuh masa.

Jangan emosional. Berpendapat pandangan objektif tentang untung dan kerugian.

Bina sebuah rencana pelaburan. Mengumpulkan beberapa peraturan. Sebuah rencana pelaburan semirip dengan rancangan perniagaan. Harus dan tidak harus dilakukan adalah penting tetapi yang paling penting adalah pengurusan risiko.

Mengumpulkan statistik untuk diperiksa. Catakan pengukuran prestasi di buku harian. Pakailah topi majikan dan tanyakan pada diri sendiri apakah anda akan membuang atau menggaji orang yang dihuraikan dalam buku harian.

Merasmikan kegiatan pelaburan anda. Jika anda mendapati bahawa anda tidak boleh menahan untuk melanggar peraturan, cubalah untuk membuat aktiviti pelaburan anda seformal semungkin. Berikan nama perniagaan dan melibatkan pasangan atau kawan karib anda untuk menguruskan perniagaan anda sehingga anda tidak boleh ‘menyembunyikan’ kerugian dan kegiatan yang memusnahkan.

Jangan terlalu banyak belabur. Jangan belabur sehingga larut malam atau pada waktu yang panjang. Kerana keletihan boleh menewaskan penilaian. Sebagai sebahagian daripada rancangan pelaburan anda, anda boleh menetapkan waktu pelaburan dan tetapkan ia sebagai rutin. Ini akan memberi anda masa untuk berehat dan menjaga kesejahteraan psikologi anda. Ia juga akan membuat ‘rancangan perniagaan’ anda secara rasmi.

Jauhi dari perjanjian yang buruk. Pelaburan adalah sebenarnya sebuah perniagaan, jadi pelabur harus melihat ganjaran proposisi risiko.

Mengakui kesalahan dan menghentikan mereka. Keyakinan dan nekad boleh memberi ganjaran di profesi lain tetapi bukan pelaburan. Ini kerana pasar selalunya betul jadi menahan posisi yang silap adalah idea yang buruk.

Kerap membaca peraturan perdagangan. Ingatkan diri anda tentang peraturan sebelum memulakan ‘perniagaan’ harian untuk mengingati apa yang anda harus dan tidak harus lakuan. Ini adalah berguna kepada orang yang keras kepala atau enggan untuk berhenti.

Cari pekerjaan sambilan. Ia mungkin membuat anda merasa lebih aman dengan memenuhi beberapa keperluan seharian. Jika tidak ada yang lain, ia akan membuat anda daripada terlalu banyak melabur.

Dirikan harapan yang tepat. Tetapkan sasaran yang realistik. Target yang menuntut berlebihan memaksa pelabur untuk melabur terlebih atau melompat ke dalam posisi yang buruk.

Tuesday, September 21, 2010

Perkahwinan 3D Montage

Wednesday, July 28, 2010

Friday, December 25, 2009

Jusat send your mail and mt4 indicator file to gelora8968@yahoo.com
Subject: Decompiler ex4 to mq4 request

I will help u from Monday to Friday
Don't ask me how much it cost each file. coz all traders need some help.
Just send donation and it will help this blog maintain fine